Home Nasional Masih di IJN, YDPA tidak perkenan terima mengadap sesiapa

Masih di IJN, YDPA tidak perkenan terima mengadap sesiapa

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak perkenan untuk menerima mengadap sesiapa pun kerana belum pulih sepenuhnya dan masih berada di bawah pemantauan doktor.

Perkara tersebut disahkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin

“Baginda telah dinasihatkan oleh para doktor supaya berada di bawah pengawasan doktor di hospital selama tujuh hari.

“Dalam tempoh tersebut, baginda tidak akan mengadakan sebarang pertemuan,” katanya kepada Reuters.

Rabu lalu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media memberitahu beliau telah mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk sebuah kerajaan baharu dan seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan.

Bagaimanapun, beliau masih belum dapat bertemu dengan baginda selepas Yang di-Pertuan Agong dimasukkan ke Institut Jantung Negara baru-baru ini. – MalaysiaGazette