PIMPINAN UMNO wajar dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu kerana jelas menunjukkan mereka pilihan rakyat menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Ini kerana daripada 10 kerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menang , tujuh adalah dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang berpaling tadah dan menang.
Mereka menang kerana UMNO telah memberi peluang kepada Bersatu untuk bertanding dan tidak menurunkan calon dari UMNO dalam PRN Sabah kali ini.
Umum mengetahui Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menegaskan bahawa semua kerusi yg dimenangi oleh UMNO/BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan tetap ditentang oleh UMNO/BN dalam PRU seterusnya.
Namun di PRN Sabah, Presiden UMNO itu telah berlembut hati dan memberi laluan kepada calon Bersatu dengan hati yang terbuka dan atas semangat setiakawan.
Keputusan pasti di sebaliknya sekiranya UMNO tetap menurunkan calon di kerusi tradisinya.
Kali ini UMNO menang 15 kerusi, parti paling banyak dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Satu lagi faktor kemenangan kerana Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin
telah keluarĀ berkempen di seluruh kerusi BN bagi membantu kemenangan BN dan GRS.
Umum mengetahui demokrasi adalah merujuk kepada kerusi terbanyak akan mengetuai sesuatu organisasi dan sekiranya Ketua Menteri Sabah tetap datang dari parti selain UMNO, maka jelas prinsip demokrasi telah dicabuli.- MalaysiaGazette
Asna Amin merupakan penganalisis politik dan Penasihat Kehormat Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia.
Zahid Hamidi tu bukan berlembut tapi BODOH… nak selamat diri je tu
Mmg ko ni anjing lh covid 2020, ko tak lyk lh nk komen kat sini..mmg dsar puak2 kafir harbi..ko klu bodoh tak pyh ckp pasa politik..my ko meroyan tak dpt …. Dasar mabuk todi..