Home Nasional PKPD kuarters dan Penjara Tawau dilanjutkan – Ismail Sabri

PKPD kuarters dan Penjara Tawau dilanjutkan – Ismail Sabri

Pengurusan pusat beli-belah, NU Sentral memaklumkan seorang kakitangannya didapati positif Covid-19 semalam.- Foto hiasan.

KUALA LUMPUR- Setelah mengambil kira penilaian risiko terhadap penularan wabak Covid-19 kerajaan mengambil keputusan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan, Tawau sehingga 9 Oktober depan.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD yang dilaksanakan sejak 11 September lalu sepatutnya tamat hari ini.

Bagaimanapun kadar kes baharu tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan.

Dalam tempoh tersebut, kadar kes baharu di kawasan berkenaan ialah sebanyak  dua angka sehari dan pada 23 September 2020, sebanyak 107 kes baharu dilaporkan.

Mengambil kira penilaian risiko terhadap penularan wabak ini, Kerajaan telah bersetuju melanjutkan PKPD di kawasan ini 14 hari lagi bermula 26 September sehingga 9 Oktober 2020.

Hari ini Malaysia mencatatkan 150 kes positif baharu Covid-19 dengan satu kematian.- MalaysiaGazette