Home Nasional Selangor diramal hujan, ribut petir bermula hari ini

Selangor diramal hujan, ribut petir bermula hari ini

Hujan dan ribut petir diramalkan berlaku di Selangor.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Selangor dijangka mengalami cuaca hujan dan ribut petir bermula hari ini sehingga 3 Oktober depan.

Laman portal Jabatan Metereologi (MetMalaysia), keadaan itu dijangka berlaku di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Bagaimanapun, berbanding di Klang apabila diramal tiada hujan pada 30 dan 1 Oktober.

Akan tetapi, pada keesokan harinya cuaca kembali hujan serta ribut petir sehingga 3 Oktober, demikian menurut laman portal berkenaan. – MalaysiaGazette