
BENGALURU – Kes koronavirus di India mencecah 6 juta selepas mengesahkan 82,170 kes baharu dalam tempoh 24 jam, menurut data Kementerian Kesihatan.
Manakala jumlah kematian terus meningkat sebanyak 1,039 dalam tempoh berkenaan kepada 95,542 kes iaitu 1.6% daripada jumlah keseluruhan.
Di peringkat global, India merekodkan kes jangkitan kedua tertinggi di dunia, di belakang Amerika Syarikat yang mana menyaksikan jumlah kes melonjak kepada 7 juta minggu lalu. – MalaysiaGazette