Home Nasional Hajiji terima watikah pelantikan KM

Hajiji terima watikah pelantikan KM

Pengerusi Perikatan Nasional Sabah, Datuk Hajiji Noor keluar dari Istana Negeri Sabah selepas menerima watikah bagi menghadiri istiadat mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah dari Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Kota Kinabalu, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 28 SEPTEMBER 2020.

KOTA KINABALU – Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menyerahkan watikab pelantikan Ketua Menteri (KM) Sabah kepada Datuk Hajiji Noor petang ini.

Hajiji tiba di Istana Negeri 4:30 petang ini berkata: “Syukur alhamdulilah TYT telah jemput saya, memaklumkan saya akan pelantikan sebagai Ketua Menteri Sabah dan esok akan angkat sumpah kira-kira pukul 10 pagi.

“Dia bagi watikah pelantikan sebagai Ketua Menteri,” katanya kepada pemberita.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini mengumumkan Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman sebagai Ketua Menteri.

Perkara itu diumumkan oleh Hajiji sendiri pada sidang media yang turut dihadiri Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin di sini.

GRS berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), melepasi majoriti mudah, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Sabtu lalu. -MalaysiaGazette