Home Utama Istana Negara sahkan keluar kenyataan petang ini

Istana Negara sahkan keluar kenyataan petang ini

Istana Negara.- Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR – Istana Negara akan mengeluarkan kenyataan petang ini, namun tidak diperincikan intipati kenyataan tersebut.

Jurucakap Istana ketika dihubungi mengesahkan akan ada kenyataan dikeluarkan petang ini namun enggan mengulas lanjut.

Hari ini berlegar satu pesanan ringkas memaklumkan Istana Negara akan mengeluarkan kenyataan petang ini.

Dipercayai ia ada kaitan dengan perkembangan kesihatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara.

Baginda dimasukkan di Wad Diraja IJN pada 21 September lalu selepas mengadu kurang selesa dengan kesihatannya.

Artikel berkaitan: Agong jalani rawatan di IJN, keadaan tidak membimbangkan

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan pada 25 September lalu berkata, baginda telah dinasihatkan oleh para doktor supaya berada di bawah pengawasan doktor di hospital selama tujuh hari.

Artikel berkaitan: Masih di IJN, YDPA tidak perkenan terima mengadap sesiapa

Jika dihitung dari hari pertama baginda dimasukkan ke IJN iaitu pada 21 September, hari ini baginda sepatutnya dibenarkan keluar iaitu selepas tujuh hari menerima rawatan. – MalaysiaGazette