Home Politik Shafie bertemu ADUN Warisan

Shafie bertemu ADUN Warisan

Kediaman Datuk Seri Shafie Apdal dibanjiri penyokong dan pengamal media selepas susulan pengumuman Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sepakat memilih Datuk Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

KOTA KINABALU – Selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengumumkan sepakat memilih Datuk Hajiji Noor sebagai calon Ketua Menteri Sabah, perhatian mula beralih ke kediaman Datuk Seri Shafie Apdal.

Kelibat Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu masih belum kelihatan lahi tetapi penyokongnya mula berkumpul di kediamannya.

Difahamkan Shafie sedang mengadakan pertemuan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu bagi membincangkan perkembangan terkini politik di negeri itu.

Pengamal media mula berkumpul di rumah Presiden Warisan itu bagi mendapatkan pandangan beliau.

Semalam, Shafie berkata, Warisan merupakan parti yang memperolehi majoriti kerusi terbanyak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 dengan meraih 29 kerusi. – MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.