KOTA KINABALU – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor tiba di Istana Negeri untuk mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri (KM) yang Ke-16.
Beliau tiba pada pukul 10 pagi menaiki kereta jenis Toyota bersama pengiringnya.
Turut kelihatan hadir Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri; Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin merangkap Ahli Dewan Undangan Negerei (ADUN) Lamag; Timbalannya, Datuk Yakubah Khan (Karambunai) dan 36 wakil rakyat yang lain termasuk tiga dari bebas yang sebelum ini menyatakan sokongan terhadap PN.
Semalam Hajiji telah diumum sebagai calon Ketua Menteri Sabah bagi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Selepas PN menewaskan Parti Warisan Sabah (Warisan) pada PRN berlangsung 26 September yang lalu, perhatian tertumpu keada calon Ketua Menteri yang akan diangkat oleh GRS.
Selepas itu semalam dikatakan Adun Sulaman itu adalah mama yang disepakati oleh GRS.
PRN Sabah menyaksikan GRS menenangi 38 kerusi berbanding Warisan Plus sebanyak 32 kerusi.
PRN itu berlangsung selepas bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman mendakwa menerima sokongan majoriti Adun bagi memombolehkannya menubuhkan kerajaan negeri di Sabah. -MalaysiaGazete