Home Politik Saya akan beritahu selepas saya bersara – Masidi

Saya akan beritahu selepas saya bersara – Masidi

Masidi Manjun

KUALA LUMPUR – Walaupun Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Hajiji Noor menafikan Barisan Nasional (BN) tidak puas hati dengan pembahagian jawatan Kabinet namun reaksi Datuk Seri Masidi Manjun pula berbeza.

Dalam ciapan Twitternya, Masidi dilihat seolah-olah terpaksa melepaskan jawatan menteri kerja raya kepada Datuk Bung Moktar Radin.

“(What a day) Hari yang panjang, kurang dari tiga jam selepas dilantik sebagai menteri kerja raya, sekarang saya menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

“Saya bertukar kerja dengan Bung. Tolong jangan tanya saya apa sebabnya. Saya akan bagitahu selepas saya bersara,” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.

Kenyataan Masidi itu menjadi tular di media sosial dengan pelbagai spekulasi timbul.

Pada awalnya, Hajiji mengumumkan pertukaran portfolio kementerian antara dua timbalannya di mana Bung Moktar yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala Masidi yang juga timbalan ketua Bersatu Sabah dilantik timbalan ketua menteri dan memegang portfolio Menteri Kerja Raya.

Ia didakwa tidak disenangi oleh Bung dan pimpinan UMNO lain sehingga membawa kepada perbincangan semula dan akhirnya portfolionya dengan Masidi bertukar.

Bagaimanapun, selepas itu Masidi membuat ciapan di Twitter dengan nada yang lebih positif dan bersedia menerima tugasan baharunya.

“Terima kasih atas kata-kata baik anda semua dan mesej ucapan tahniah. Saya telah teruskan langkah, saya bercita-cita untuk berjaya dalam apa pun tugas yang diberikan kepada saya. Saya selalu menganggap tugasan itu lebih penting daripada saya.

“Kecemerlangan adalah milik mereka yang menginginkannya,” katanya.

Dalam pada itu, Bung Moktar pula menafikan apa yang berlaku satu salah faham tetapi lebih kepada masalah komunikasi.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Hajiji nafi BN tidak puas hati pembahagian jawatan Kabinet negeri

1 Komen

  1. Wah tak kan laahh Bersatu nak bolot semua? Bolehkah PN tubuhkan kerajaan negeri tanpa BN? Korang bertanding pun atas kerusi milik UMNO…

Comments are closed.