Home Ekonomi IHPR Ogos -2.8%

IHPR Ogos -2.8%

KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pengeluaran mencatatkan negatif 2.8 peratus pada bulan Ogos 2020 kepada 101.7 berbanding 104.6 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Berdasarkan 1,063 item yang diliputi dalam IHPR, 39.2 peratus item mencatatkan kenaikan harga pada bulan Ogos 2020, sementara 54.5 peratus item menunjukkan penyusutan harga.

Sebanyak 6.3 peratus item tidak berubah.

IHPR tempatan merupakan indeks berasaskan output, yang mengukur purata perubahan harga komoditi untuk jualan pasaran tempatan yang dinilai pada harga di kilang.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, penurunan IHPR pengeluaran tempatan keseluruhan dipengaruhi oleh penurunan indeks perlombongan (-33.7%), bekalan elektrik & gas (-1.9%) dan pembuatan (-0.9 peratus).

Sebaliknya, indeks pertanian, perhutanan & perikanan dan bekalan air masing-masing meningkat sebanyak 15.6 peratus dan 0.7 peratus.

Menurutnya, bagi perbandingan bulanan, IHPR pengeluaran tempatan mencatatkan kenaikan marginal 1.0 peratus pada Ogos 2020 disokong oleh peningkatan indeks pertanian, perhutanan & perikanan (6.0%), perlombongan (3.0%), bekalan air (1.5%) dan pembuatan (0.5%).

Indeks bekalan elektrik & gas turun 0.2 peratus. – MalaysiaGazette