KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memaklumkan cawangannya di Tawau, Sabah akan ditutup selama 14 hari mulai hari ini hingga 13 Oktober 2020 bagi kerja-kerja sanitasi.
Dalam tempoh ini pembayar cukai disarankan untuk melakukan urusan percukaian secara dalam talian dan sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/ – MalaysiaGazette