Annuar Musa Umum “Datuk Mahadi” Datuk Bandar KL ke 13 | EDISI MG 2ptg – 1 Oktober 2020

Datuk Mahadi Che Ngah dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu untuk tempoh dua tahun, berkuat kuasa mulai hari ini.

Pelantikan Mahadi bagi menggantikan Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan yang menamatkan perkhidmatan pada 30 September 2020 setelah berkhidmat selama dua tahun lalu.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa hari ini sambil memaklumkan pelantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-13 itu telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.