Home Utama 287 kes baharu Covid-19, catatan paling tinggi – Noor Hisham

287 kes baharu Covid-19, catatan paling tinggi – Noor Hisham

Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

PUTRAJAYA- Kes Covid-19 positif Covid-19 hari ini mencatatkan kes harian tertinggi setakat ini dengan 287 kes yang semuanya melibatkan penularan tempatan.

Majoritinya atau 128 kes adalah daripada Kluster Tembok di sebuah penjara di Kedah.

Kedah juga merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 129 kes diikuti Sabah (113) dan Selangor (31).

Terdapat dua kluster baharu telah dikenal pasti di Selangor iaitu Seri Anggerik (Hulu Selangor) dan Seri Setia (Gombak).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 20 kes positif hari ini mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah melibatkan 13 kes di Selangor; masing-masing dua kes di Perak dan Negeri Sembilan dan masing-masing satu kes di Terengganu, Labuan dan Kelantan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif pulang dari Sabah bagi tempoh 20 September hingga semalam sebanyak 138 orang.- MalaysiaGazette