Home Ekonomi Harga RON97, RON95 naik, diesel turun

Harga RON97, RON95 naik, diesel turun

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 dan RON95, masing-masing naik sebanyak tiga sen seliter kepada RM2.01 dan RM1.71 seliter bagi tempoh 3 Oktober sehingga 9 Oktober ini.

Tetapi harga runcit diesel turun sebanyak 1 sen seliter iaitu daripada RM1.71 seliter kepada RM1.70 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette