KUALA LUMPUR – Pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan sudah menyerahkan nama wakil rakyat yang menyokong beliau kepada Yang di-Pertuan Agong.
Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, Anwar sudah menghantar surat kepada Al-Sultan Abdullah dan memaklumkan perincian berkenaan sokongan yang diterima beliau.
“Saya rasa, Anwar telah menyebut benda ini dalam sidang media yang diadakan pada 23 September,” katanya kepada Sinchew Daily.
Artikel berkaitan: TERKINI : Hormat Pandangan Anwar Cukup Majoriti, Saya Masih PM – Muhyiddin Yassin
Mengenai sebaran sekeping gambar menunjukkan Anwar sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Ahmad Fahmi berkata, ia merupakan gambar lama.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga berkata, Al-Sultan Abdullah masih berehat di Institut Jantung Negara.
Dalam pada itu, sumber PKR yang lain memberitahu, penyokong Anwar adalah termasuk pemimpin-pemimpin atasan yang “tidak dijangkakan” sebelum ini.
Senarai penyokong itu bagaimanapun tidak termasuk wakil rakyat Pas; Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. – MalaysiaGazette
Ishtihar saja lah di parlimen 2 November nanti. Tak sabar sangat. Agung dah nasihat jangan main politik main juga. Apa guna tindakan ini untuk menafaat rakyat? Kembali ke zaman ph semula?
Sembang ja buat benda demi rakyat. Padahal demi dendam kesumat dan agenda diri sendiri.
Orang gila kuasa yg x kesampaian….
Sampe ke mati xkan jadi pm..meroyan xsudah sudah
org sewel mmg mcm tu perangai dia….yg menyokong 2×5 sewel…atau sewel nak lepas kan tengkok …dari disumbat penjara sg.buloh
DO or Die Anwar.Syabas