Home Politik Zuraida tak gentar dengan saman PKR

Zuraida tak gentar dengan saman PKR

Zuraida Kamaruddin

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin tidak terkejut dengan tindakan PKR memfailkan saman RM10 juta terhadapnya.

Malah bekas naib presiden parti itu menganggap PKR kini hanya bergantung kepada publisiti murahan kerana ketiadaan idea untuk menambaik kehidupan rakyat.

Walaupun menganggap ia ‘membuang masa mahkamah’ namun beliau bersedia menghadapinya.

“Saya tinggalkan PKR kerana ia tidak lagi tumpu pada kebajikan rakyat, tetapi cita-cita perdana menteri seorang lelaki.

“Untuk terus bersama parti seperti itu akan bertentangan dengan hati nurani saya. Tentang saman semberono terhadap saya itu, ayuh!” katanya dalam satu kenyataan di media sosialnya hari ini.

PKR hari ini membuat tuntutan sebanyak RM10 juta terhadap Zuraida berdasarkan jaminan yang mana beliau pernah bersetuju untuk membayar jumlah tersebut kepada parti itu sekiranya beliau melepaskan keahlian, menyertai parti lain, atau menjadi wakil rakyat bebas.

Zuraida bagaimanapun berkata mahkamah tidak akan boleh menguatkuasakan sebarang perjanjian yang menyalahi Perlembagaan Persekutuan, merujuk kepada Perkara 10 dan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nordin Salleh lawan Dewan Undangan Negeri Kelantan.

“PKR nampaknya tidak sedar dalam demokrasi kita, wakil rakyat bebas meninggalkan parti politik mereka. Malah, saya dipecat,” tambahnya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Langgar syarat bon: PKR fail saman terhadap Zuraida tuntut RM10 juta