MANILA- Filipina membuka semula pulau peranginan terkenal, Boracay bulan ini sebagai usaha untuk merangsang ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik.
Pembukaan semula pulau adalah susulan tiada kes positif Covid-19 sejak Jun lalu.
Kerajaan telah membuat keputusan untuk membenarkan rakyat Filipina dan pelancong asing untuk ke pulau tersebut dengan syarat saringan Covid-19 menunjukkan mereka negatif.
Pada hari pertama, seramai 35 pelancong tiba ke Pulau tersebut pada Khamis disusuli 13 orang pada Jumaat, kata kerajaan tempatan.
Disebabkan terlalu sedikit pelancong yang datang, pulau tersebut masih lagi kelihatan kosong.
Setiausaha Pelancongan, Bernadette Romulo-Puyat berkata, Filipina perlu memulakan semula aktiviti pelancongan mereka.
“Ramai yang kehilangan pekerjaan dan kami perlu mencari jalan untuk menghidupkan semula pelancongan dan ekonomi tetapi masih perlu memastikan protokol kesihatan dan keselamatan dipatuhi,” katanya.- MalaysiaGazette