KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd. Asri Zainul Abidin menyindir tindakan ahli politik yang sanggup mementingkan diri sendiri demi kepentingan kuasa sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa rakyat ketika negara berdepan pandemik Covid-19.
Menerusi Facebook miliknya, beliau berkata, ketika ini ahli-ahli politik sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik.
“Bagi membuktikan ketulusan mereka dalam berpolitik merebut pengaruh, nyawa rakyat pun mereka sanggup bertaruh.
“Bagi membuktikan keikhlasan mereka berpolitik mengharungi badai, nyawa rakyat pun mereka gadai.
Ketika ini, kes positif Covid-19 semakin meningkat selepas Pilihan Raya Negeri Sabah yang menyebabkan ahli politik menjadi sasaran netizen sebagai penyumbang kes wabak itu.
“Benar, kebanyakan orang politik jujur untuk kepentingan diri mereka. Sekalipun memusnahkan diri orang lain..apa warna, apa slogan, apa sepanduk, apa seruan, apa dalil, apa gelaran, apa lambang, apa jenama.
“Sikap kebanyakan mereka hampir sama,” katanya.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah mengumumkan negara mencatatkan 287 kes baru Covid-19 dalam tempoh 24 jam.
Jumlah itu merupakan tertinggu sejak wabak itu menular di negara ini. – MalaysiaGazette
VIP politikus kemaruk sokongan undi pendatang sebagai the kingmaker memilih calon PM.
Tengok negara-negara kecil Qatar, UAE, Kuwait, dan baru-baru ini the Dominican Republic ratifikasi ICERD sambil enggan kemaruk sokongan undi pendatang tinggal lama sehingga cucu-cicit demi menjamin hak keistimewaan pribumi mereka.
Tepat sekali Dr..rakyat dari golongan pekerja swasta dan sendiri merasa bebannya..yg mana bantuan telah di beri t/kasih..
Dahulu bilamana semua negara menyekat kemasukan pelancong China, Pakatan Hancing membuka seluas-luasnya kemasukan pembawa2 virus ini!
Kini akibat terlalu kemaruk kuasa sekali lagi Pakatan Hancing memaksa DUN Sabah dibubarkan dan ia sekali lagi menjadi antara faktor utama penyebaaran semula virus pembunuh ini!
Padan muka hangpa!!!