
NEW YORK – Kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini telah melepasi 35 juta, menurut Johns Hopkins University.
Kenaikan 1 juta ini mengambil masa 3 hari berbanding 34 juta yang dilaporkan pada 2 Oktober lalu.
Menurutnya, jumlah kes wabak itu kini 35,008,447 dengan 1,034,818 kematian.
Daripada jumlah itu, Amerika Syarikat dilaporkan merekodkan kes jangkitan dan kematian tertinggi, masing-masing 7,411,716 dan 209,720. – MalaysiaGazette