Home Ekonomi IPG bulan September diaktifkan

IPG bulan September diaktifkan

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Lembaga Getah Malaysia (LGM) mengaktifkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada pekebun kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak untuk bulan September.

Ini kerana pada bulan September harga purata peringkat cuplump adalah RM2.10 sekilogram untuk Semenanjung, Sabah (RM1.80 sekilogram) dan Sarawak (RM1.90 sekilogram).

IPG teraktif bagi bulan September 2020 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, masing-masing dengan RM0.40, RM0.70 dan RM0.60 sekilogram.

Oleh itu, pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG berdasarkan kepada pengeluaran bulan September 2020 mulai 1 hingga 31 Oktober 2020. – MalaysiaGazette