Home Nasional Guru rugi RM1.13 juta ditipu ‘pegawai polis’ sindiket Macau Scam

Guru rugi RM1.13 juta ditipu ‘pegawai polis’ sindiket Macau Scam

police cartel EAIC senior judge sexual harassment police PDRM Brunei Investment Agency Ponzi scheme scam domestic violence abuse victim wild party Kajang police station OCS
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Malang tidak berbau!

Seorang wanita yang berkhidmat sebagai guru menjadi mangsa penipuan ‘pegawai polis’ sindiket Macau Scam dan mengalami kerugian lebih RM1.13 juta.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa berusia 49 tahun telah dihubungi oleh pihak yang menyamar sebagai pegawai polis menyatakan kereta milik pengadu telah terlibat dalam suatu kemalangan maut dan kegiatan wang haram.

“Mangsa kemudian diarahkan membuka dua akaun bank dan memasukkan nombor telefon yang diberi oleh suspek sebagai nombor telefon pemilik akaun.

“Selepas akaun simpanan dibuka, mangsa telah memindahkan wang simpanan miliknya ke dalam akaun tersebut sepertimana diarahkan saspek kononnya bagi tujuan siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Zaid, mangsa juga diarahkan untuk menyediakan wang jaminan di mana mangsa telah membuat pinjaman peribadi di beberapa bank dan telah dimasukkan ke dalam akaun bank yang diarahkan.

“Mangsa akhirnya sedar telah menjadi mangsa tipu oleh sindiket tersebut dan kerugian RM1,132,475.00 sebelum dan membuat laporan polis.

“Polis telah membuka kertas siasatan dan siasatan lanjut masih dijalankan dan orang ramai dinasihatkan berwaspada dengan sindiket Macau Scam agar tidak terpedaya dengan tipu helah sindiket ini.

“Sindiket ini memperdayakan mangsa dengan menyamar sebagai pegawai polis, pegawai bank, pegawai kastam dan sebagainya.

Nombor telefon yang digunakan adalah memang dari agensi berkaitan dan ia dipanggil teknik spoofing.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas dakwaan menipu.

Justeru Zaid berkata, orang ramai juga boleh hadir ke balai polis berdekatan untuk sebarang pertanyaan atau keraguan.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Dahulu gores dan menang!

    Sekarang Macau Scam, semakin menjadi2 dan tidak lagi dapat dibendung. Siapakah mereka? Adakah mereka ini orang2 Cina Macau, Cina tempatan, Cina Australia, orang2 India atau Melayu atau orang2 berkulit puteh atau hitam?

    Kerja mereka hanyalah MENIPU, ramai yang nak tahu?

Comments are closed.