Saturday, February 8, 2025
Home Nasional Noor Hisham kuarantin, buat sidang media dari rumah

Noor Hisham kuarantin, buat sidang media dari rumah

Dr. Noor Hisham Abdullah
PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kini menjalani kuarantin kendiri di kediamannya selepas menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 3 Oktober lalu.
Ini kerana mesyuarat itu telah dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilaporkan sah positif Covid-19 dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Susulan keputusan itu, semua individu yang hadir dalam mesyuarat berkenaan, termasuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengikut peraturan Kementerian Kesihatan Malaysia menjalani kuarantin wajib.
Sementara itu, sepanjang tempoh kuarantin 14 hari yang bermula 3 Oktober lalu, Dr Noor Hisham akan mengadakan sidang media berjadual secara langsung dari kediamannya, tanpa kehadiran wakil media. – MalaysiaGazette
+ posts