Home Utama Dua pegawai kanan JSJ Bukit Aman ditahan SPRM

Dua pegawai kanan JSJ Bukit Aman ditahan SPRM

Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan dua pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya masih belum menerima laporan lengkap dari SPRM berhubung penahanan dua pegawai kanan itu.

“Kita masih menunggu sama ada dua pegawai itu ditahan atas kes cuci duit yang sedang disiasat oleh SPRM sekarang ataupun kes lain .

“Sehingga menunggu dan menerima laporan dari SPRM, saya tidak boleh ulas kerana siasatan dijalankan SPRM ketika ini,” katanya di Maktab Polis Diraja Malaysia di Cheras di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Pengukuhan Siasatan Jenayah Komersial serta Portal dan Aplikasi Semak Mule pagi ini.

Menurut Acryl Saini. SPRM akan memaklumkan kepada Bukit Aman mengenai perkembangan kes tersebut secepat mungkin untuk membantu polis menyiasat bagi pihaknya.

Pihak polis juga, katanya, telah memulakan siasatan dalaman berhubung dakwaan pihak tertentu mengenai pembabitan pegawai polis dalam sindiket `cuci duit’ yang dikaitkan dengan perniagaan artis popular tempatan yang sebelum ini turut disiasat SPRM.

Menurut beliau, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit AmanĀ  bertanggungjawab dan sedang menyiasat perkara ini.

“Kita tunggu sahaja hasil laporan JIPS nanti sebelum memikirkan tindakan lanjut PDRM dalam kes ini,” ujarnya. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Negara Phlippines dan China jika ada pagawai tinggi polis disyaki terlibat jenayah sudah pasti tindakan hukuman dijalankan paling ringan di tembak 10 das peluruh.. .

Comments are closed.