Home Dunia Polis Turki rampas 228 kilogram kokain

Polis Turki rampas 228 kilogram kokain

Kokain yang disembunyikan dalam baja ditemui dalam kontena kapal dari negara Amerika Selatan. foto Agensi

ISTANBUL – Polis Turki merampas 228 kilogram (kg) kokain di sebuah pelabuhan di sini dan menahan sembilan saspek.

Jabatan polis berkata, pihaknya baru-baru ini mendapat maklumat yang mengatakan sejumlah besar kokain akan dibawa dalam kapal dari negara Amerika Selatan ke Pelabuhan Ambarli, Istanbul.

Dengan kerjasama antarabangsa, pasukan anti narkotik dan kastam Istanbul melancarkan pencarian menyeluruh di enam kontena di dalam kapal berkenaan, menurut kenyataan itu.

“Setelah pemeriksaan terperinci, sebanyak 228 kg kokain ditemui disembunyikan dalam 119 tan baja,” katanya.

Setakat ini, hanya sembilan saspek ditahan, tambah kenyataan itu. – MalaysiaGazette