Selangor, Sabah Kena PKPB, Kompaun PKPP Serta Merta | EDISI MG 7.45mlm – 7 Oktober 2020

Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah serta Klang, Selangor bermula 9 Oktober 2020.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Pelaksanaan PKP hari ini berikutan peningkatan kes positif COVID-19 di empat daerah berkenaan yang kini diisytiharkan Zon Merah.

+ posts