Home Seni Hidup Adik cabar Haqiem Rusli

Adik cabar Haqiem Rusli

Zali Rusli kini muncul dengan single pertama berjudul Pewangi.

KUALA LUMPUR – Siapa sangka, gara-gara mengikuti dan menonton persembahan abangnya yang juga penyanyi popular, Haqiem Rusli, si adik tekad menyimpan hasrat untuk berkongsi pentas bersama pada masa akan datang.

Zali yang masih belajar di Tingkatan 3 merupakan anak bongsu daripada empat beradik itu kini dilamar syarikat rakaman FMC Music.

Namun dia dikenakan syarat oleh kedua ibu bapanya agar tidak mengabaikan pelajaran selepas single pertamanya bertajuk Pewangi mula berada di pasaran minggu lalu.

Malahan Haqiem sendiri selaku abang memberi sokongan sepenuhnya kepada Zali untuk melangkahkan kaki sebagai anak seni tetapi harus memberi tumpuan juga pada pelajaran.

Zali Rusli baru berusia 15 tahun dan adik kepada penyanyi Haqiem Rusli.

“Saya meletakkan harapan yang tinggi pada lagu tersebut dan berharap agar pendengar tidak membandingkan beliau dengan abangnya.

“Saya juga menyampaikan lagu Pewangi dengan cara nyanyian sendiri dan tidak terpengaruh dengan cara nyanyian Haqiem walaupun lagu tersebut dicipta oleh abangnya,” katanya.

Sementara itu, Pewangi merupakan ciptaan Haqiem Rusli dan Ibnu serta lirik oleh Haqiem telah dilancarkan di semua platform streaming – Joox, spotify, deezer dan lain lain.

Muzik video turut boleh ditonton di saluran Yutube FMC Music. – MalaysiaGazette