Home Nasional Peluang penghantar e-hailing nikmati permandangan ibu kota di Menara KL serendah RM10

Peluang penghantar e-hailing nikmati permandangan ibu kota di Menara KL serendah RM10

Ketua Pegawai Eksekutf Menara Kuala Lumpur, Ainol Shaharina Sahar menyempurnakan gimik pelancaran promosi ‘Untukmu, Delivery Heroes’ di Dewan Banquet Megaview, TH03, Menara Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 08 SEPTEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – ‘Untukmu Delivery Heroes!’. Itu merupakan ungkapan penghargaan Menara Kuala Lumpur kepada penghantar perkhidmatan e-hailing yang menabur bakti, khususnya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 10 Mac lalu.

Bagi menghargai jasa mereka Menara Kuala Lumpur membuka pintunya kepada seorang penghantar perkhidmatan barang e-hailing dan keluarga mereka bagi menikmati pandangan Kuala Lumpur pada bulan ini di Sky Deck dengan mengenakan bayaran serendah RM seorang.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn.Bhd, Ainol Shaharina Sahar berkata, inisiatif itu merupakan penghargaan terhadap sumbangan dan pengorbanan penghantar e-hailing yang meletakkan nyawa mereka dalam risiko ketika negara bertungkus lumus berusaha memutuskan rantaian Covid-19.

Katanya, tawaran istimewa yang mengenakan bayaran RM10 itu juga bersempena Ulang Tahun Menara Kuala Lumpur ke-24 pada tahun ini berbanding harga asal RM71 seorang untuk menikmati permandangan ibu negara di Menara KL dan RM48 seorang untuk Menara Alor Setar.

“Promosi ini terbahagi kepada dua pakej iaitu Pakej A – Kru Delivery Heroes iaitu pelawat terdiri dari kategori Delivery Man/Rider sahaja dengan harga promosi beli dua tiket dan percuma satu pada harga RM10 seorang manakala Pakej B untuk Delivery Heroes yang datang dengan Keluarga dan rakan ditawarkan tiket beli tiga dapat percuma satu dengan harga RM10 seorang.

“Mereka hanya perlu menunjukkan pas pekerjaan atau Mykad atau datang dengan pakaian uniform majikan e-hailing sudah mencukupi untuk mereka mendapatkan pakej istimewa ini.

“Ini untuk semua penghantar e-hailing tidak kira kamu mengantar barang apa pun selain makanan dalam kurier atau e-riding, DHL, jurupos asalkan anda terlibat dalam perkhidmatan penghantaran e-hailing.

“Jika dia seorang penghantar e-hailing freelance’ dia perlulah membawa bukti berkhidmat sebagai penghantar barang iaitu gambar untuk melayakkkan diri kepada pakej ini yang digunapakai untuk kedua-duaMmenara KL dan juga Menara Alor Setar,” katanya pada sidang media pelancaran promosi itu hari ini.

Ditanya sama ada Menara KL akan melanjutkan promosi jika ia mendapat sambutan luar biasa, Ainol Shaharina berkata, pihaknya tidak ada masalah melakukannya termasuk memperluaskan promosi kepada pengamal media.

Katanya, pada September lalu, promosi itu telah dibuka kepada petugas barisan hadapan kesihatan, Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.

Sementara itu, Ainol Shaharina memberitahu, Menara KL menyasar 30,000 pengunjung melawat dua menaranya itu. – MalaysiaGazette