KUALA LUMPUR – semua 274 kawasan di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang serta Putrajaya telah menerima bekalan air sepenuhnya.
Air bersih yang disalurkan itu telah melalui kualiti dan pematuhan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman berkata, pelan pemulihan air itu 12 jam lebih awal yang dijadualkan setelah Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi beroperasi.
Gangguan yang membabitkan 309,687 akaun pelanggan itu disebabkan pencemaran sungai. – MalaysiaGazette