Home Dunia CDC ramal 6,800 kematian akibat Covid-19 setiap minggu

CDC ramal 6,800 kematian akibat Covid-19 setiap minggu

Bendera Amerika Syarikat yang mewakili 200,000 nyawa yang hilang akibat Covid-19 diletakkan di National Mall di Washington, DC, Amerika Syarikat, pada 22 September 2020. foto Xinhua

WASHINGTON – Pusat Pencegahan dan Kawalan Wabak (CDC) Amerika Syarikat mengunjur kes kematian akibat Covid-19 di negara ini mencecah 233,000 menjelang 31 Oktober 2020.

Menurut ramalannya, 2,800 hingga 6,800 kes kematian baharu Covid-19 akan dilaporkan pada minggu yang berakhir pada 31 Oktober dan antara 224,000 hingga 233,000 kes kematian akan dilaporkan pada tarikh berkenaan.

”Ramalan peringkat negeri dan wilayah pula mengunjurkan selama 4 minggu ke depan, jumlah kematian baharu dilaporkan setiap minggu mungkin turun di tujuh wilayah,” menurut unjuran tersebut.

Trend jumlah kematian yang dilaporkan pada masa depan adalah tidak pasti atau diramalkan akan kekal stabil di negeri dan wilayah lain, kata unjuran itu.

Amerika Syarikat merekodkan lebih daripada 7,591,000 kes jangkitan Covid-19 dan lebih 212,000 angka korban setakat lewat petang Khamis, menurut data Universiti Johns Hopkins. – MalaysiaGazette