SYDNEY – Kru kabin Malaysia ditahan kerana menyeludup dadah bernilai berjuta-juta ringgit pada pakaian dalamnya pada tahun lalu dikenakan hukuman penjara selama 114 bulan.
Bagaiamanpun, ibu kepada tiga orang anak itu layak menjalani parol selepas menjalani hukuman tiga tahun penjara.
Menurut media Australia, Hakim Mahkamah Daerah Michael Cahill berkata, tertuduh diberi kelonggaran kerana dia sangat memerlukan dana untuk membayar perubatan anaknya.
Polis menahan tertuduh pada tahun 2019, setelah heroin ditemui tersembunyi di dalam coli dan seluar dalamnya.
Mahkamah dimaklumkan tertuduh ditawar upah sebanyak A$6,500 untuk menyeludup heroin dengan nilai kira-kira A$3 juta ke Australia.
Hakim Cahill berkata, tertuduh terdesak untuk mengumpulkan wang untuk membayar pembedahan anaknya.
“Ada faktor belas kasihan dalam menjatuhkan hukuman. Anda rasa anda tidak punya pilihan lain selain melakukan kejahatan.
Tertuduh “sangat menyesal” dan telah menulis surat permintaan maaf, kata hakim.
Tertuduh yang bekerja dengan Malindo Air diupah oleh sindiket dadah selepas mengetahu beliau sangat memerlukan wang.
Mahkamah diberitahu bahawa tertuduh telah memilih untuk menjual brownies dan Tupperware untuk memenuhi keperluan.
Setelah habis ikhtiar untuk mengumpulkan wang yang diperlukan, dia meminta syarikat penerbangan untuk mengumpul sumbangan bagi pihaknya.
Seorang kenalan, yang mengetahui e-mel yang dihantarnya, kemudian menawarkan pekerjaan sebagai pembawa dadah.
“Saya terdesak dan pada masa itu, bersedia melakukan apa saja,” kata Zailee dalam pembelaannya. – MalaysiaGazette