Home Seni Hidup Macau Scam: Kereta Shuib kena sita?

Macau Scam: Kereta Shuib kena sita?

Shuib Sepahtu.

KUALA LUMPUR – Beberapa keping foto kenderaan mewah dipercayai milik pelawak dan penyampai radio, Shuib kini tular media sosial kerana dipercayai disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Spekulasi itu dibuat oleh netizen kerana kenderaan disita oleh agensi itu sama dengan kenderaan yang pernah dimuatnaik selebriti itu di Instagram miliknya sebelum ini.

Sementara itu, kereta yang disita berkait rapat dengan siasatan terhadap kes pengubahan wang haram dan sindiket Macau Scam.

Shuib menerusi Instastory memuat naik status yang seolah-olah memujuk hatinya selepas netizen mula bertanyakan di ruang komennya.

Antara kereta yang telah disita SPRM berkaitan aktiviti Macau Scam baru-baru ini.

“Sabar wahai hati. Allah SWT sentiasa ada,” tulisnya.

Sementara itu, isteri Shuib, Siti Sarah Raissuddin memuat naik status di Instastory: “Allah tak pernah tidur.”

Minggu lalu, Siti Sarah menemani suaminya, Shuib hadir ke ibu pejabat SPRM, Putrajaya.

Pasangan selebriti itu dipanggil bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang haram.

Media turut melaporkan, SPRM telah membekukan kira-kira 750 akaun milik ahli sindiket Macau Scam dan perjudian melibatkan nilai RM75 juta.

Selain itu, SPRM turut menyita rumah serta 24 kereta mewah milik lapan individu yang ditahan baru-baru ini termasuk lima daripadanya milik seorang lelaki bergelar datuk. – MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.