![MGF15072020_1ST AT SCHOOL_15](https://staging.malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2020/07/MGF15072020_1ST-AT-SCHOOL_15-640x427.jpg)
KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju supaya Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tindakan menutup sekolah tanpa menunggu penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sekiranya ada guru atau murid yang disahkan positif COVID-19, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri berkata keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan beliau secara sidang video di kediamannya hari ini.
Beliau berkata mesyuarat itu antara lain membincangkan kes-kes baharu COVID-19 di Selangor dan Wilayah Persekutuan, termasuk kes yang melibatkan murid di Sekolah Kebangsaan Bangsar.
“Memandangkan kes-kes di negeri ini masih menunjukkan peningkatan, mesyuarat bersetuju supaya Kementerian Pendidikan meneliti keperluan untuk menutup sekolah-sekolah di seluruh negeri Sabah. Menteri Kanan Pendidikan (Dr Radzi Jidin) akan membuat pengumuman rasmi mengenai perkara ini,” katanya dalam hantaran menerusi Facebook rasmi beliau.
— BERNAMA