![MGF03082020_KKM-7](https://staging.malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2020/09/MGF03082020_KKM-7-640x426.jpg)
KUALA LUMPUR – Sebanyak 374 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu itu menjadikan kes aktif yang dirawat di hospital iaitu 4,161 orang.
Beliau berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 372 penularan adalah dari dalam negara manakala dua lagi adalah dari kes import.
Sementara itu, Noor Hisham memaklumkan, tiga lagi kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian wabak itu adalah sebanyak 155 kes.
Seramai 73 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital, katanya.
Jelas beliau setakat ini, Malaysia merekodkan 15,096 kes Covid-19 dengan 10,780 daripadanya disahkan sembuh.
Tambahnya, Sabah terus mencatatkan kes tertinggi hari ini dengan 277 kes, diikuti Selangor (44) Kedah (27). – MalaysiaGazette