Home Sukan Harris Harun pilih Coventry City?

Harris Harun pilih Coventry City?

Foto Facebook Harris Harun.

KUALA LUMPUR – Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Hariss Harun terus mencetuskan spekulasi apabila memberi bayangan dia telah menandatangani kontrak bersama salah satu kelab yang berpangkalan di England.

Menerusi laman media sosial rasmi Facebook miliknya, Hariss memuat naik gambar yang menunjukkan dia sedang menandatangani kontrak dan menulis kapsyen berbunyi mengesahkan perjanjian dan ‘Coventry, saya datang.

“I just have signed. Coventry here i come,” tulisnya.

Namun Harris perlu memperoleh permit kerja bagi membolehkan dia beraksi bersama Coventry City yang ketika ini menghuni tangga ke-18 liga.

Harris Harun.

Sekiranya dia mendapat kebenaran, Hariss akan menjadi pemain Singapura pertama yang beraksi di divisyen kedua bola sepak England itu.

Sebelum ini, Hariss memberi bayangan seolah-olah dia mahu meninggalkan pasukan yang baru sahaja mengesahkan kejuaraan Liga Super ketujuh berturut-turut itu.

Menerusi laman media sosial Facebook miliknya, Hariss memuat naik satu gambar dengan menggunakan kapsyen berbunyi ITS TIME #nextmove sekaligus memberi bayangan beliau bakal berhijrah ke pasukan lain musim hadapan. – MalaysiaGazette