Kerajaan memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia berikutan berlakunya peningkatan kes Covid 19 di Klang, Petaling, Gombak dan beberapa daerah lain.