Home Utama Biar ramai mati – Dr Mahathir

Biar ramai mati – Dr Mahathir

Temubual Eksklusif bersama Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 30 SEPTEMBER 2020

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang diadakan pada bulan lalu sebagai punca penularan wabak Covid-19.

Dalam hantaran di Facebook pagi ini, Dr Mahathir mendakwa PRN Sabah sepatutnya tidak diadakan kerana ianya sudah diadakan pada tahun 2018.

Katanya, Parti Warisan Sabah (Warisan) telah menang dan tubuh kerajaan tetapi kerajaan pintu belakang Pusat berhasrat untuk menguasai Sabah.

Jadi, untuk mengelakkan ia berlaku, Warisan terpaksa membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk diadakan PRN.

”Sepatutnya PRN Sabah tidak diadakan. Sabah sudah ada PRN pada 2018. Warisan menang dan tubuh Kerajaan.

”Tapi Kerajaan pintu belakang Pusat berhasrat kuasai Sabah juga melalui pintu belakang. Untuk elak daripada ini berlaku, Kerajaan Warisan terpaksa dibubar untuk adakan PRN. Maka menanglah duit, kerana dia raja,” katanya.

Menurut Dr Mahathir lagi, PRN yang diadakan itu kosnya tinggi, bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit tetapi serangan Covid-19 dari Sabah berkembang ke Semenanjung.

Namun, kenyataan panas bekas Perdana Menteri itu disanggah dan dikecam oleh para pengikut dan netizen.

Pengguna akaun Zack Rambo berkata: ”Tun mudah lupa… 2018 Musa Aman dl angkat sumpah ketua menteri, kene cantas sbb katak… tun mudah lupa”.

Kovalagan Somasanderam pula berkata: “No 2 itu kenyataan yg salah Tun, PRU hari tu BN yg menang tapi ada ADUN UPKO lompat ke Warisan memyebabkan Warisan boleh tubuh kerajaan. Nak tipu pun biarlah berpada Tun”.

”Bila masa Warisan Menang PRU 2018…Pening ke ape ni…Semua Org tau la..,” kata pemilik akaun Muhamad Azmi.

Mohd Redzuan Abdul Rahman pula menulis: ” Warisan pun tebuk pintu blkg tun..🤣🤣🤣…kena timbal blk ikut pintu blkg jgn marah la…😂”.

Manakala Adelica Rin berkata: ”Warisan kalah pru 14..mana ada menang..penipu betul Tun ni..”.

Untuk rekod, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 yang diadakan pada 9 Mei 2018 menyaksikan Barisan Nasional (BN) Sabah terikat jumlah kerusi dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan rakan partinya daripada Pakatan Harapan (PH) masing-masing memperoleh 29 kerusi daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Dua kerusi lagi dimenangi Parti Solidariti Rakyat Sabah (Star).

BN Sabah yang diketuai oleh Tan Sri Musa Aman mendapat sokongan dua ADUN Star, sekaligus memperoleh majoriti mudah dengan 31 undi yang membolehkan BN membentuk kerajaan.

Namun, Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut Bersatu (UPKO) mengumumkan keluar daripada BN tetapu empat ADUN UPKO kekal menyokong Musa sebagai Ketua Menteri, sekali gus membolehkan Musa mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah.

Tetapi pada 11 Mei, enam Adun BN keluar daripada BN dan menyertai Warisan, sekali gus menyokong Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Presiden Warisan, lalu menyaksikan Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah, 48 jam selepas Musa mengangkat sumpah untuk jawatan itu.

Istana Negeri menyampaikan surat memaklumkan Musa bahawa beliau bukan lagi ketua menteri Sabah menerusi setiausaha sulitnya.

Tetapi pada 15 Julai 2020, dua ADUN UPKO,  Datuk Limus Jury dan Datuk James Ratib mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta merta dan menjadi Adun bebas yang menyokong PN.

Ekoran itu, Musa mendakwa telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu menerusi gabungan beberapa parti di negeri itu.

Situasi itu mendorong Shafie mengumumkan pembubaran DUN Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari.

Dalam hantaran itu, Dr Mahathir berkata, PRN Sabah yang diadakan pada akhir bulan lalu kononnya menteri kebal daripada Covid-19.

”Malangnya Covid-19 tidak tahu Menteri kebal. Maka berjangkitlah COVID-19 dan merebaklah. 631 sehari. Dari negeri yang selamat Sabah jadi kluster. Beribu akan jadi mangsa, maut pun ada. ” ujarnya.

Secara sinis, Dr Mahathir berkata, ada pemimpin tertinggi berkata, kalau menang di PRN Sabah, Pilihan Raya Umum akan diadakan.

Oleh itu, katanya, jangan mungkin janji.

”Adakan PRU. Biar ratusan ribu dijangkiti. Biar lebih ramai mati. Politik lebih utama dari prinsip.

”Apa aku peduli. Aku dapat,” katanya dengan penuh sindiran. – MalaysiaGazette

 

18 Komen

  1. Penulisan mkn diri sendiri. Shapei yg bubar DUN Sabah takut hilang kuase. Sya amat kesian dgnnya, olh sebab pembubaran DUN itu PRN terpaksa diadekan justru penuluran civid19 yg sedng mengancham rakyaat sabah. Kini dia lerlu muhasabah diri dia sendiri same ade dgn pembubar DUN adekah keputusan yg bijak dlm mase pendemik covid19. He should asked his concience and had asked the people of sabah forgiveness, which is very noble of him. Atok should stop playing this issue not to hurt shafie further.

  2. Biar lh , org tua kita tak pyh nk ambil port sgt, fhm2 lh ..apbila umur dah lbih, maka fikiran n ingatan pun akn tak stbil..so biar lah dia nk ckp apa2 pun, lg pun umur dia pun bkn kama lg pun, Allah bg umur pjng utk buat baik, taubat bkn duk main kotor n main politik spjng hayat…lu trasa lu fikir lh..

  3. “Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang diadakan pada bulan lalu sebagai punca penularan wabak Covid-19.”

    dari mana datangnya penularan di sabah.. dari mereka yang sering berulang alik dari sabah ke kepulauan filipina..Jadi kalau pati atau mereka yang dua kerakyatan ini dapat di bendung dari membawa penularan covid ke sabah maka kalau nak buat kenduri 4 hari 4 malam pun tak dak masalah.. hahahhaa..

  4. yg kerajaan pintu belakang sebenarnya ialah parti warisan.bukannya bn atau pn.semasa pru14.bn mmg pun menang.walau pun majoriti mudah.jgn tun lupa itu.dan jgn asyik menyalahkan bn.dulu tun ckp melayu mudah lupa.walhal tun sendiri mudah lupa.tapi menyalahkan pihak lain.

  5. Atok madey buta sejarah kah…? PWS mana ada menang masa PRU14 tu…yg menang kan BN dan TSMA sudah angkat sumpah jadi KM. Pasal Safie KEMARUK KUASA dia beli ADUN ADUN UPKO dengan ganjaran jawatan TKM dan Menteri Penuh serta jawatan TYT pula disambung tanpa had… Atok Madey sedar ler diri tu….

  6. Wahai orang tua,sudah lah jangan mengeruhkan suasana. Jangan nanti anda dilihat seolah olah menjadi batu api dalam sekam.

  7. Mahathir terbukti sudah nyanyuk teruk… Bapak dgn anak sama ja gila kuasa… Sudah2 lah atuk rakyat dah x percaya cakap atuk yg kuat menipu dan salah kan orang lain… Bawak2 lah berehat atuk tua.. Anda sudah dilupakan

  8. Tolonglah tun….
    Semakin kerap mbuat sesuatu pernyataan..semakin itu jugalah memperlihatkn ‘kebodohan’ atas faktor politik diluar usia…..

  9. kalau dia yg menang mungkin dia aje yg merasa betul…inilah mahathir dulu kini dan selamanya….

  10. Madey kutty tu bagi dia semuanya org yg salah.. Dia saja yg betoi..
    Mmg tk boleh pakai lgsung dah Madey kutty tu…

  11. Orang tua nyanyuk! Bila Adun BN lompat masuk Warisan ok, TYT tak bubar DUN pun..tapi bila berpaling tadah dari Warisan, yg tu tak ok..TYT bubar DUN…musibat punya Atok

Comments are closed.