KUALA LUMPUR – Tidak sampai beberapa jam selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya nampaknya masih ada warga Lembah Klang trauma.
Malah mereka ternyata tidak dapat lari daripada sindrom pembelian panik walaupun banyak kali dimaklumkan PKPB bukan total lockdown.
Malam ini masih ramai ‘menyerbu’ pasar raya dan pusat beli-belah atas alasan membeli stok makanan selama dua minggu PKPB.
Walaupun rata-rata enggan mengakui panik kali ini kerana PKPB masih membenarkan aktiviti ekonomi dan perkhidmatan beroperasi namun tinjauan MalaysiaGazette mendapati troli masing-masing penuh luar biasa dengan barang keperluan.
Tinjauan di sebuah pasar raya besar di Ampang mendapati orang ramai beratur panjang hingga 150 meter dari pintu masuk utama pasar raya dan masing-masing membawa troli.
Setiap orang diperiksa suhu badan serta dikehendaki mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera dengan kedudukan penjarakan fizikal satu meter antara satu sama lain namun ia tidak menghalang mereka membeli-belah.
Antara barang yang menjadi tumpuan pengunjung adalah, kain lampin pakai buang untuk bayi dan warga emas, telur ayam serta barangan kering seperti kentang, bawang merah, halia, lobak merah serta barang sejuk beku seperti nuget ayam,tepung gandum, gula dan sebagainya.
Seorang pengunjung wanita, Latifah Ibrahim, berusia sekitar 50-an berkata, beliau tidak risau dengan pengumuman PKPB petang tadi kerana ia hanya dua minggu namun tetap mahu membuat persiapan awal.
“Saya buat persediaan awal kerana tidak mahu panik untuk mendapatkan bekalan barang nanti, sebab itulah menambah sedikit barang keperluan dengan pembelian barang bulanan malam ini.
“Walaupun kedai-kedai akan terus beroperasi sepanjang PKPB nanti, lebih baik saya datang beli awal sehari sebelum penguatkuasaan, elak kehabisan stok dalam tempoh PKPB nanti,’ katanya.
Dalam pada itu, seorang penduduk Ampang Hilir yang hanya dikenali Wong berusia 30-an mengakui terkejut dengan pengumuman PKPB petang tadi.
“Pengumuman tanpa jangkaan itu memang menyedihkan dan membebankan rakyat berpendapatan rendah seperti saya, saya kena bersiap beli barang untuk menambah stok PKPB khususnya kain lampin bayi takut habis diambil orang nanti.
“Ada saya sempat membeli barang kering seperti sardin, telur, minyak masak serta gula takut silap-silap PKPB dilanjutkan selepas 27 Oktober nanti kalau masih ada kes positif di Lembah Klang,” katanya.
Tinjauan di bahagian barang kering dan basah mendapati beberapa bakul sayur kelihatan kosong manakala bekalan baharu sayur seperti kobis, sawi Jepun selain bawang, kentang, minyak masak dan sebagainya diisi segera oleh kakitangan pasar raya bagi mengelak pengunjung panik.
Suasana di bahagian barang kering dan basah memang sesak dengan pengunjung termasuk peniaga kecil yang turut memilih barang basah seperti udang serta bekalan minyak masak untuk stok perniagaan mereka.
Malah gelagat seorang pengunjung wanita ‘menyapu bersih’ udang harimau berharga RM27.90 sekilo dalam tiga beg plastik menarik perhatian ramai kerana beliau sanggup berbelanja kira-kira RM200 untuk udang sahaja.
Tidak cukup dengan itu, wanita yang sama turut membeli borong paha ayam bersaiz besar tanpa menghiraukan pelanggan lain.
Ketika ditanya, wanita berkenaan berkata, beliau membeli stok lebih supaya boleh disimpan di peti sejuk untuk kegunaan rumah sepanjang PKPB nanti.
“Saya nampak udang besar dan segar seperti baru ditangkap dari laut, bolehlah beli banyak sikit,” katanya.
Manakala kaunter juruwang turut penuh dengan pengunjung yang mahu membayar barangan yang mereka beli.
Ia merupakan satu pemandangan luar biasa kerana ramai orang membeli pada hari Isnin bukan hari minggu seperti kebiasaannya.- MalaysiaGazette
Mau tak panik. Ingat MKN klu nak sambung pkpb tu dia akan kata.. eh, kami nak sambung pkpb jd pkpd ni, sila lah p beli siap siap stok ya rakyat yang dikasihi… tarak punya. Dia terus sambung ja, takdak bantuan aih awal awal minggu lepas sambung tu. Panik tak panik, bersedia kena awal siap2.
Ini lah kebodohan yg ko all tjuk kan, mcn org yg tak ada akal fikiran utk bfikir, myusahkn org lain..pls lh..jgn jadi mnusia yg bodoh n kelas bawahan..jgn buat diri kita tu di letakkn di klngan org2 yg bodoh tak blh tegor..dunia bukan kiamat , dunia bukn bprang pun, krjaan bukn kejam tak bg kluar lngsung utk beli brng kpluan, tak pyh lh penit2 nk beli brng2 , mbazir klu tak hbis, jdi lh mnusia yg bijak berbelanja ikut kperluan, dan aku nsihat kpd mnusia2 yg tidak btangungjwb myebarkn beripa palsu yg mgatakan smua org tak blh kluar rumah lngsung, pls lh..jgn nk ambil ke untungan atas pkpb ya, terutama peniaga2 ni..jgn duk sbarkn berita palsu semata2 nk lariskn jualan anda di pasar raya or di kedai ya..jadi lh mnusia yg bijak n prihatin..#kitajagakita
Ah loi, ini ngra mlysia , bukn ngra komunis, u takut sgt ke mati…tak plu nk jadi mcn …. lh..fikir , mknan byk ..tak plu brebut..ini lh tektik puak2 kapitalis..
MT.. u tak pernah kena TEMCO, u boleh sembang kencang. I pernah kena TEMCO 28 hari, lgsg tak boleh keluar rumah. Masa itu kamu pun tak ada hantar bantuan. So jangan sembang kencang ya.