Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata sebaliknya, khemah-khemah tersebut dibuka bagi menjalankan saringan awal dan pemeriksaan ke atas pesakit, sekali gus mengelakkan penularan virus COVID-19 kepada pesakit lain atau petugas kesihatan yang berkongsi ruang yang sama.
“Khemah individu dalam siasatan (PUI) adalah tempat saringan bagi pesakit yang ada sejarah kontak dengan pesakit COVID-19, dan dengan adanya khemah ini, pesakit dapat diasingkan dan diberi rawatan awal sebelum dimasukkan ke wad isolasi khusus atau unit rawatan tetap.
Menurut Dr Christina, hampir kesemua hospital dan klinik kesihatan di negeri itu telah membuka khemah-khemah saringan di Jabatan Kecemasan dan juga di Jabatan Pesakit Luar.
Baru-baru ini, tular menerusi media sosial gambar khemah perubatan berserta katil dan dan peralatan perubatan di HQE yang didakwa dibuka kerana ketiadaan katil di ICU hospital berkenaan.
Sementara itu, jabatan berkenaan turut menafikan maklumat bahawa pihak pentadbiran HQE menjalankan pungutan derma melalui ahli Lembaga Pelawat Hospital, seperti yang ditularkan menerusi media sosial. – MalaysiaGazette