Home Nasional Pembentangan Belanjawan 2021 curi tumpuan Dewan Rakyat November ini

Pembentangan Belanjawan 2021 curi tumpuan Dewan Rakyat November ini

Dengan lulusnya Belanjawan 2021 semalam, pembangkang perlu memainkan peranan yang konstruktif dan membantu kerajaan dalam usaha memerangi Covid-19 dan menjaga kebajikan rakyat.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pembentangan Belanjawan 2021 antara yang akan mencuri tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat yang kembali bermesyuarat selama 27 hari, mulai 2 November depan.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman web rasmi Parlimen, pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 itu dijadual dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 4 petang, 6 Nov nanti.

Mesyuarat ke-3, penggal ke-3, Parlimen ke-14 itu akan berlangsung sehingga 15 Dis 2020 bagi Dewan Rakyat sementara persidangan Dewan Negara akan berlangsung dari 14 hingga 23 Disember 2020.

Persidangan antara lain akan membahaskan Belanjawan di peringkat dasar, jawatankuasa dan jawapan menteri.

Menurut laman web itu lagi, perbahasan RUU dan urusan kerajaan dalam topik berlainan akan berlangsung secara serentak di kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara, pada 14 Disember. – MalaysiaGazette