Home Foto Pilihan Peminat ‘Hot Wheels’ Sanggup Berhabiskan RM20,000

Peminat ‘Hot Wheels’ Sanggup Berhabiskan RM20,000

Raies Firdaus, membersihkan koleksi kereta mainan miliknya bagi mengisi masa lapang di hujung minggu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Selayang Utama, Batu Caves. foto ISKANDAR HAMIDI, 11 OKTOBER 2020.

Raies Firdaus, atau lebih dikenali dengan nama panggilan “abang R” berumur 23 tahun mempunyai minat yang sangat unik.

Minatnya terhadap kereta mainan “Hot Wheels” bermula sejak berumuh 4 tahun lagi apabila ayah beliau menghadiahkan sebuah Hot Wheels model “67 Camaro”.

Sejak pada itu, beliau sering membeli kereta mainan Hot Wheels pada hujung minggu bagi menambah koleksinya di rumah.

Selain “HotWheels” yang saiznya 1:64 beliau juga mengumpul kereta mainan yang saiznya agak besar berskala 1:48 dan ciri-cirinya yang lebih terperinci. Koleksi beliau kini mencecah dua ribu buah kereta mainan yang memakan perbelanjaan lebih kurang 20 ribu ringgit.

Kereta mainan Hotwheels juga sering dikaitkan dengan harganya yang boleh mencecah ratusan ringgit jika modelnya adalah model yang jarang ditemui. Namun begitu, Raies Firdaus tidak pernah berhasrat ingin menjual HotWheels kepunyaannya.

Pada hujung minggu beliau akan membersihkan dan dan menyusun semula semua koleksi “Hot Wheels” dan menukar susunan agar tidak bosan dengan sususan yang lama.

Beliau berkata “saya boleh menghabiskan masa berjam-jam membelek dan mengemas Hot Wheels ini.

Sehingga kini beliau masih lagi mengumpul dan mencari model-model kereta yang agak sukar didapatkan dan beharga.

Raies Firdaus, memilih model kereta mainan “Hot Wheels” dengan teliti bagi menambah koleksinya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Selayang Utama, Batu Caves. foto ISKANDAR HAMIDI, 11 OKTOBER 2020.

Antara koleksi kereta mainan milik Raies Firdaus yang digantungkan di ruangan biliknya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Selayang Utama, Batu Caves. foto ISKANDAR HAMIDI, 11 OKTOBER 2020.
Raies Firdaus, menyusun koleksi kereta mainan di ruangan biliknya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Selayang Utama, Batu Caves. foto ISKANDAR HAMIDI, 11 OKTOBER 2020.
Raies Firdaus, membersihkan koleksi kereta mainan miliknya bagi mengisi masa lapang di hujung minggu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Selayang Utama, Batu Caves. foto ISKANDAR HAMIDI, 11 OKTOBER 2020.
Raies Firdaus, membersihkan koleksi kereta mainan miliknya bagi mengisi masa lapang di hujung minggu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Selayang Utama, Batu Caves. foto ISKANDAR HAMIDI, 11 OKTOBER 2020.
Raies Firdaus, memeriksa dan membersihkan model kereta mainan dengan teliti ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Selayang Utama, Batu Caves. foto ISKANDAR HAMIDI, 11 OKTOBER 2020.
Raies Firdaus, membersihkan koleksi kereta mainan miliknya bagi mengisi masa lapang di hujung minggu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Selayang Utama, Batu Caves. foto ISKANDAR HAMIDI, 11 OKTOBER 2020.
Raies Firdaus, menyusun koleksi kereta mainan yang digantung di ruangan biliknya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Selayang Utama, Batu Caves. foto ISKANDAR HAMIDI, 11 OKTOBER 2020.
Raies Firdaus, melihat koleksi kereta mainannya di ruang biliknya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Selayang Utama, Batu Caves. foto ISKANDAR HAMIDI, 11 OKTOBER 2020.