Home Nasional SPRM kesan Mohd Shahridhuan untuk bantu pengurusan kes

SPRM kesan Mohd Shahridhuan untuk bantu pengurusan kes

WhatsApp-Image-2020-10-12-at-2
Mohd Shahridhuan Zohir

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu pengurusan kes yang sedang dilakukan agensi penguatkuasaan undang-undang itu.

Dalam satu kenyataan SPRM memaklumkan, individu tersebut ialah Mohd Shahridhuan Zohir, 29, yang beralamat terakhir di B-1-1 Taman Indah, Kajang.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat tentang individu yang dicari itu agar menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Suriawani Abdul Rahim di talian 012-2829881 atau 03-55256500 atau emel ke alamat [email protected]. – MalaysiaGazette

c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts