Home Ekonomi Harga minyak stabil

Harga minyak stabil

Gambar hiasan

MELBOURNE – Harga minyak stabil dalam awal dagangan hari ini, mengalami kerugian hampir 3% daripada sesi sebelumnya setelah bekalan minyak mula disambung semula di Norway dan Teluk Mexico.

Libya juga telah memulakan pengeluaran di medan minyak terbesarnya.

Bekalan-bekalan ini muncul ketika jangkitan Covid19 melanda semula di Midwest Amerika Syarikat dan Eropah, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai pertumbuhan permintaan bahan bakar serta memberi cabaran kepada Organisasi Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya yang disebut OPEC+.

OPEC + telah mengekang bekalan untuk membantu menaikkan harga minyak di tengah-tengah pandemi koronavirus, dengan penurunan 7.7 juta tong sehari kerana akan bertahan hingga bulan Disember.

Panel pemantau pasaran pengeluar akan bertemu pada hari Isnin depan.

Niaga hadapan minyak mentah AS West Texas Intermediate (WTI) naik AS$0.01 kepada AS$ 39.44 setong pada 0117 GMT.

Sementara niaga hadapan minyak mentah Brent LCOc1 meningkat AS$0.02 sen kepada AS$ 41.74 setong.

Dengan pekerja kembali ke platform Teluk Mexico selepas taufan Delta, begitu juga dengan pekerja yang muncul semula di pelantar selepas selesai protes, semua mata tertumpu kepada Libya yang menarik semula situasi tidak dijangka di medan minyak Sharara.

Jumlah output Libya pada hari Isnin adalah pada 355, 000 tong sehari dan akan berlipat ganda jika ladang Sharara kembali mengeluarkan 300,000 tong sehari dihasilkannya sebelum Tentera Nasional Libya menyekat eksport minyak pada bulan Januari.

“Ini secara efektif akan menambahkan 0.3% bekalan minyak global dalam jangka waktu yang sangat singkat,” kata penganalisis komoditi Commonwealth Bank, Vivek Dhar. – MalaysiaGazette