Home Politik Ku Li tidak maklumkan kepada saya – Ahmad Zahid

Ku Li tidak maklumkan kepada saya – Ahmad Zahid

Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak dimaklumkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah bahawa beliau pergi menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, petang tadi.

Menurut Zahid, beliau hanya mengetahui mengenai perkara tersebut melalui laporan media.

“Beliau tidak memaklumkan mengenai perkara itu kepada saya, macam mana saya hendak tahu?” katanya kepada pemberita selepas menghadiri prosiding perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya bilakah beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong seperti yang diberitahu oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sidang medianya, Zahid berkata, beliau menunggu surat dari Istana Negara terlebih dahulu.

“Saya masih menunggu surat rasmi dari Istana Negara jika benar presiden parti akan dititah untuk menghadap.

“Kita adalah sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan sokongan itu bukanlah daripada parti tetapi sokongan Ahli Parlimen,” katanya lagi.

Anwar dalam sidang mediannya selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong memaklumkan bahawa baginda akan memanggil semua ketua parti-parti politik bagi mendapatkan pandangan mereka.

Presiden PKR itu mendakwa telah menyerahkan dokumen sahih yang mengandungi sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen bagi membolehkan beliau menubuhkan kerajaan baharu.

Bagaimanapun, Istana Negara dalam kenyataannya memaklumkan bahawa Ketua Pembangkang itu hanya menyerahkan jumlah sokongan yang diperolehinya tanpa nama mereka yang terlibat. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. rebut kuasa je keje kau erk
    knp takut ke dh buat salah
    dh dh la tu
    sekali allah turun bala kat kau baru tau
    buat buat tawadduk la

Comments are closed.