KUALA LUMPUR – Kenyataan Menteri Besar Selangor yang mempersoalkan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Selangor adalah satu tindakan tidak matang.
Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan berkata, keselamatan rakyat perlu diutamakan.
”Membangkang harus kena pada tempat dan waktunya.
”Membangkang secara semberono menunjukkan kedangkalan pemimpin dalam memperjuangkan nasib rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Semalam, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Kerajaan Selangor terkejut dengan pengumuman kawasan baharu pelaksanaan PKPB melibatkan seluruh kawasan negeri itu tanpa sebarang perbincangan dengan pihaknya.
Menurutnya, langkah itu tidak selaras dengan hasil mesyuarat MKN Selangor yang mana hanya kawasan Klang, Gombak, Hulu Langat dan sebahagian Petaling sahaja mempunyai bilangan kes yang membimbangkan.
Oleh itu, kerajaan negeri akan menghantar cadangan balas kepada pihak MKN dengan segera agar dapat diberi pertimbangan semula,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam kenyataan itu, DPIM sekali lagi meminta semua parti politik negara melaksanakan gencatan politik dan tidak bermain dengan sentimen politik buat sementara waktu ketika negara dilanda gelombang ketiga Covid-19 yang menggerunkan rakyat.
Walaupun mempunyai majoriti Dewan Rakyat yang tipis, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, perlu menumpukan masa, tenaga dan keringat beliau untuk membendung penularan wabak Covid-19.
Shahir berkata, usaha menjatuhkan Perdana Menteri, bermakna bakal menyebabkan pembubaran Parlimen, seterusnya Pilihan Raya Umum (PRU) seluruh negara.
Dengan penularan Covid-19 hari ini yang semakin meruncing, PRU adalah langkah yang bakal membahayakan seluruh rakyat Malaysia dan meranapkan ekonomi.
Lantaran itu, DPIM mendesak Kerajaan Perikatan Nasional untuk fokus kepada penyelesaian isu rakyat berkaitan Covid-19 termasuk memperkasakan tenaga kerja barisan hadapan, terutama di Sabah; melanjutkan tempoh moratorium sehingga Disember 2020 dan pampasan secara “one-off” kepada pelajar-pelajar pendidikan tinggi dan bantuan bersasar kepada golongan rakyat B40 di negeri-negeri yang dikenakan PKPB. – MalaysiaGazette
NB sgor P unah H arapan sepatutnya TERKEJUT bila ramai terkena jangkitan dan KKM berpeluk tubuh