Home Politik Amanah, DAP sudah dipanggil menghadap Agong tapi tarikh ditangguhkan

Amanah, DAP sudah dipanggil menghadap Agong tapi tarikh ditangguhkan

Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP memaklumkan telah dipanggil untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Pertemuan bersama Setiausaha Agung DAP sepatutnya berlangsung pada hari ini dan dengan Mohamad Sabu selaku Presiden Amanah pada 21 Oktober nanti.

”Namun, semalam Setiausaha Sulit Kanan Baginda telah memaklumkan kepada kami bahawa kedua-dua sesi menghadap Tuanku telah ditangguhkan,” ujar mereka dalam satu kenyataan bersama. – MalaysiaGazette