Home Nasional Cawangan utama BSN di KK tutup hari ini, seorang pekerja positif Covid-19

Cawangan utama BSN di KK tutup hari ini, seorang pekerja positif Covid-19

KUALA LUMPUR – Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini mengesahkan bahawa salah seorang kakitangannya yang berkhidmat di Cawangan Utama BSN Kota Kinabalu Sabah, telah disahkan positif Covid-19.

Oleh yang demikian, sebagai langkah proaktif, cawangan utama BSN Kota Kinabalu Sabah akan mula ditutup pada hari ini, 14 Oktober 2020 bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan menyeluruh mengikut garis panduan keselamatan dan kesihatan.

Cawangan ini akan dibuka semula pada 16 Oktober 2020.

Sementara itu, perkhidmatan perbankan di Cawangan BSN yang lain serta perbankan Internet myBSN masih beroperasi seperti biasa.

Menurutnya, penjejakan kontak rapat telah dilakukan untuk mengenal pasti mereka yang telah mempunyai hubungan langsung dengan kakitangan tersebut.

Mereka yang telah dikenal pasti akan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari untuk memantau keadaan kesihatan mereka dan berjumpa dengan pakar sekiranya terdapat gejala yang berlarutan.

BSN sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk sebarang tindakan lanjutan.

Tambah BSN, bank itu telah menyediakan pelan kesinambungan perniagaan yang diperlukan untuk memastikan kelancaran fungsi operasinya.

”Tindakan pencegahan dan kebersihan juga telah ditetapkan di semua operasi untuk mengurangkan sebarang risiko kesihatan yang timbul daripada penyebaran virus ini,” katanya. – MalaysiaGazette