
KUALA LUMPUR – Keputusan yang dibuat oleh Biro Politik UMNO untuk mempertimbangkan sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) adalah munasabah dan mengikut pendapat akar umbi yang tidak berpuas hati terhadap banyak perkara yang berlaku di bawah pentadbiran kerajaan PN.
Menurut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, antara contoh adalah Perdana Menteri dan pengganti Perdana Menteri (Datuk Seri Azmin Ali) adalah daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Dalam hal ekonomi dan kewangan, tiada wakil UMNO atau Pas yang dilantik, katanya.
Malah tiada seorang pun dari UMNO atau Pas yang dilantik ke dalam Majlis Tindakan Ekonomi untuk melawan Covid-19.
“Sebaliknya, individu seperti boss The Edge dilantik ke dalam pula. bersama tiga orang menteri PPBM.
“(UMNO kini digelar gila kuasa pulak?)
“Sebab kita bersama dalam kerajaan PN, suka atau tidak, UMNO dan BN juga akan turut dipersalahkan jika adanya keputusan ekonomi yang meragukan ataupun ekonomi bertambah teruk walaupun tiada seorang dari BN atau PAS terlibat dalam sebarang keputusan yang melibatkan ekonomi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Selain itu, tindakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menolak cadangan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adhma Baba yang merupakan wakil rakyat UMNO untuk melaksanakan kuarantin wajib untuk individu pulang dari Sabah sebelum Pilihan Raya Negeri itu telah menyebabkan Malaysia mengalami gelombang ketiga Covid-19.
“Keputusan MKN untuk mula-mula tidak mewajibkan kuarantin mandatori di pusat kuarantin kerajaan bagi mereka yang pulang dari luar negara serta kegagalan Menteri PPBM untuk mengasingkan tahanan serta SOP yang sepatutnya turut menyebabkan kluster Sivagangga di Kedah dan penularan amat teruk di Sabah serta beberapa lagi pusat tahanan di Kedah, Perak dan Pulau Pinang.
“Jika kesilapan-kesilapan ini tidak berlaku, tidak wujudnya gelombang ketiga Covid ini di Malaysia
“Dan kini, UMNO turut dipersalahkan bagi gelombang ketiga Covid pada masa kini” katanya.
Tambahnya, sejak awal lagi ramai penyokong dan akar umbi UMNO membantah kerjasama dengan PPBM kerana parti tersebut telah banyak mengambil Ahli Parlimen dan ahli UMNO selain mereka baru sahaja bertembung di Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai.
Menurut Najib, ramai yang mahu UMNO dan Pas mengukuhkan Muafakat Nasional dan menolak PN meskipun selepas berbulan kerajaan PN ditubuhkan.- MalaysiaGazette
Tak bagi, kata tak bagi. Kalau bagi, kata tak cukup. Mmg lumrah manusia tak akan pernah puas.
Klu UMNO bleh tahan lgi pegang jawatan dlm apa2 bidang pon Tpi klau PAS mmg wakil rakyat dia taraf sekolah darjah 6 ja mcm ni PAS nk legang ekonomi? PAS pegang duit bini masing2 sudahlah