LONDON – Pemain kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo diuji positif Covid-19, lapor Persatuan Bola Sepak Portugal hari ini.
Persatuan itu bagaimanapun berkata, kesihatan bintang dunia itu dalam keadaan baik dan tidak bergejala namun tidak menyatakan bila bintang bola sepak dunia itu disahkan positif tidak dinyatakan.
Laporan itu turut menyebut, Ronaldo yang juga pemain Juventus akan direhatkan daripada mewakili pasukan kebangsaan Portugal akibat jangkitan tersebut.
Sehubungan itu, pemain-pemain lain dalam skuad Portugal diarah menjalani ujian pada pagi Selasa (hari ini) dan hasil semuanya didapati negatif.
Ronaldo ketika ini bersama-sama skuad kebangsaan dalam saingan Nation League.
Ahad lalu, bekas pemain Real Madrid dan Manchester itu turun beraksi menentang Perancis dalam saingan tersebut yang menyaksikan keputusan berakhir 0-0. – MalaysiaGazette