Home Ekonomi UOB jangka kadar pengangguran kekal tinggi

UOB jangka kadar pengangguran kekal tinggi

Gambar hiasan

UALA LUMPUR- United Overseas Bank (M) Bhd. menjangkakan kadar pengangguran kekal tinggi di antara 4.7 peratus dan lima peratus dalam beberapa bulan akan datang.

Dalam nota penyelidikannya, bank tersebut berkata, lonjakan kes Covid-19 baru-baru ini serta Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan menyukarkan lagi pemulihan pasaran kerja.

Ini kerana negeri-negeri yang terlibat ini menyumbang 46 peratus daripada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan kadar pengangguran sekitar 40 peratus.

Semalam, Jabatan Statistik mengumumkan keadaan pasaran buruh di negara ini pulih sedikit pada Ogos dengan kadar pengangguran berada pada paras 4.7 peratus.

Katanya, kadar pengangguran yang tersebut adalah didorong peningkatan jumlah individu memasuki pasaran kerja sekali gus menyebabkan jumlah penganggur berkurangan 3,500 orang.

Dalam pada itu, kadar penyertaan pasaran buruh meningkat sedikit kepada 68.4 peratus berbanding 68.1 peratus pada Julai.

Menurut UOB Bank, peningkatan sederhana itu pasaran buruh dan penurunan kadar kecil kadar pengangguran adalah sejajar dengan data ekonomi termasuk pengeluaran dan eksport yang dijangka mengalami pemulihan perlahan pada Ogos.- MalaysiaGazette